STB sertai ATF untuk bina hubungan kukuh ASEAN

0
BINCANG: Gambar menunjukkan Pengurus Pemasaran STB Gustino Basuan berbincang dengan salah seorang pembeli.

BINCANG: Gambar menunjukkan Pengurus Pemasaran STB Gustino Basuan berbincang dengan salah seorang pembeli.

KUCHING: Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyertai Forum Pelancongan ASEAN Ke-36 (ATF) berlangsung di Singapura 18 hingga 20 Januari ini.

Menurut kenyataan akhbar dikeluar semalam, ATF adalah usaha sama wilayah antara negara ASEAN diadakan setahun sekali bagi membina dan mengukuh hubungan antara satu sama lain dalam pelbagai sektor industri pelancongan ASEAN.

Pada masa sama, ia juga diada bagi menarik lebih ramai pelancong terutama negara bukan ASEAN.

Selain itu, TRAVEX acara santai paling lama dalam perdagangan ASEAN di mana ia membuka peluang kepada kira-kira 1,600 perwakilan dengan 500 pameran membentangkan produk dan perkhidmatan pelancongan mereka kepada bakal pembeli dan pemain utama industri.

Ahli negara ASEAN kemudian mencipta peluang pemasaran unik dalam bentuk pakej dan mempromosi pelancongan luar negara termasuk TRAVEX mengambil peluang berkenaan.

Justeru, STB mewakili Sarawak dengan pakej dan maklumat pelancongan daripada pelbagai agensi pelancongan ada di negeri ini.

Dengan struktur perjumpaan perniagaan antara perniagaan, selain menawar perjumpaan 15 minit antara penjual dan pembeli, STB turut menawar perjumpaan dengan rakan kongsi industri semasa TRAVEX seperti Hotel Merdeka Palace dan Suites, Kuching Holidays & Car Rental and Minda Nusantara Tours and Travel Agencies Miri.

STB berharap, adanya peluang terbuka itu, ia dapat membina rangkaian baharu selain mengekal rangkaian sedia ada termasuk mendapat maklumat mengenai masa depan pelancongan ASEAN secara keseluruhannya.

Sebagai syarikat pelancongan tertua dan terlama di wilayah ini, STB mempertimbangkan ATF dalam semua aspek sebagai Pameran Perdagangan penting bagi 2017.